KOOP-YDPA
WhatsApp Image 2022-07-01 at 9.57.15 AM
INSURAN

Tentang Kami

Koperasi ini secara rasminya ditubuhkan pada 07 Mac 1975 dengan nombor pendaftaran 5022. Pada awal penubuhan, Koperasi LKPP Pahang Berhad didaftarkan dengan nama Syarikat Kerjasama Serbaguna Pegawai-Pegawai Dan Kakitangan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang Berhad dibawah Ordinan Sharikat2 Kerjasama 1948.

Koperasi bertukar nama kepada Koperasi LKPP Pahang Berhad yang didaftarkan dibawah Seksyen 18 (3) Akta Koperasi 1993 pada 01 Ogos 1995. Koperasi LKPP Pahang Berhad beroperasi pada awalnya di Bangunan LKPP. Seterusnya pejabat Koperasi berpindah di No 26, Bangunan LKNP, Taman Tanah Putih Baru sehingga hari ini. Anggota Koperasi sehingga 31 Disember 2021 berjumlah 642 Anggota. Kawasan operasi koperasi ialah seluruh negeri Pahang dan aktiviti utama Koperasi ialah perladangan kelapa sawit.

Visi & Misi
Koperasi LKPP Pahang Berhad

Visi

Menjadi Koperasi Terbaik Di Negeri Pahang.

Misi

Mengoptimumkan Keuntungan Melalui Aktiviti koperasi.